1. Matikan penyesuai WiFi anda
Apabila anda tidak berada di rumah atau di tempat kerja, adalah
tindakan bijak untuk mematikan sambungan WiFi. Jika tidak, komputer anda
mungkin menyambung ke Hotspot berniat jahat secara automatik tanpa anda
sedari.
2. Pastikan firewall aktif
Firewallmembantu melindungi PC dengan menghalang pengguna lain
mengakses komputer anda menerusi rangkaian WiFi. Ia bertindak
menghalang maklumat atau membenarkan ia melaluinya.
3.Gunakan Virtual Private Network (VPN)
Apabila memilih untuk menggunakan sambungan WiFi, pastikan ia
dilengkapi dengan bentuk kunci keselamatan. Maklumat yang dihantar
melalui rangkaian ini lebih sulit dan salah satu alternatifnya
menggunakan VPN.
*Pengguna Windows 7 - Klik Start - Control Panel - Network and Internet
- Network and Share Center - Set up a new connection or network. Pilih
Connect to a Workplace – Next - Use my internet connection (VPN). Taip
alamat IP dan nama sambungan pada bahagian Destination.
Masukkan nama pengguna serta kata unik sebelum klik Connect.
4. Sulitkan data
Anda boleh melindungi fail dengan menjadikannya sulit. Membuka dan
mengubah suainya memerlukan kata laluan. Laksanakan prosedur hanya ke
atas satu fail pada satu masa. Pertimbangkan untuk lindungi fail yang
hanya digunakan semasa bekerja di tempat awam.
5. Gunakan HTTPS dan SSL
Kini, banyak laman web menggunakan HTTPS dan SSL untuk menyedia
sambungan selamat. Ia protokol perhubungan komunikasi sulit. Akses laman
web atau e-mel dengan dimulai https://.
6. Melumpuhkan perkongsian fail dan pencetak
Perkongsian fail dan pencetak ialah ciri yang membolehkan komputer lain
dalam rangkaian mengakses sumber pada komputer anda. Apabila anda
menggunakan PC mudah alih anda di tempat Hotspot, lumpuhkan fail dan
pencetak daripada perkongsian dan serangan penggodam.
*Pengguna Windows 7 - Klik Start - Control Panel - Network and Internet
- Network and Sharing Center - Homegroup and sharing options - Change
advanced sharing settings - File and printer sharing - Turn off file and
printer sharing - Save changes.
7. Pemantauan pintu akses
Jika terdapat kemudahan WiFi, anda pasti terdorong melakukan sambungan.
Ia akan menyambung ke pusat akses dan menghubungkan anda ke sistem
berwayar utama untuk Internet. Untuk memastikan sambungan betul,
konfigurasi PC anda untuk membolehkan anda meluluskan pusat akses
sebelum menyambung.
8. Privasi folder anda
Apabila folder pada PC mudah alih anda diprivasi, ia adalah lebih sukar bagi penggodam untuk mengakses fail anda.
*Pengguna Windows 7 - Start - Control Panel - Dalam kotak carian, taip
Network - Network and Sharing Center - Change advanced sharing settings -
Klik pada V untuk memperluaskan profil rangkaian semasa anda. Di bawah
Public folder sharing - Turn off Public folder sharing (people logged on
to this computer can still access these folders) - Save changes.
9. OS dan aplikasi ‘up to date’.
Hampir setiap minggu ada kemas kini keselamatan terbaru diumumkan dan
tidak terhad di bahagian sistem OS Windows atau pun program Office
sahaja. Kebanyakan virus dan worm berniat jahat telah merebak dan tersebar melalui e-mel, jadi berhati-hati terutamanya ketika membuka lampiran.
10. Gunakan Antivirus
Seharusnya tidak perlu diberitahu lagi, cuma mengingatkan. Pastikan
peranti akses WiFi anda dipasang perisian antivirus. Ini untuk kawalan
malware dan memastikan anda terlindung dari bahaya lain apabila
mengakses WiFi secara terbuka
sumber ;Majalah pc
Langganan:
Posting Komentar (Atom)






Tidak ada komentar:
Posting Komentar